'Create

PRODUK KEINTIMAN/SET BERSALIN


Aromatic Intimate Wash ~ (200ml)

#RM25.00#
    GUNAKAN AROMATIC INTIMATE WASH UNTUK MENCUCI TANGAN ANDA.
BAWA IA KE  MANA-MANA SAHAJA DAN CUCI TANGAN ANDA
DENGAN KERAP.
KANDUNGAN TEA TREE DALAM AROMATIC INTIMATE WASH
DAPAT BERTINDAK SEBAGAI ANTISEPTIK
.

    • BANDINGKAN DENGAN YANG SEDIA ADA DI PASARAN
    • BUKAN SEPERTI CECAIR PENCUCI ALAT SULIT BIASA !
    • *JIMAT* NISBAH KEPEKATAN : KECAIRAN LEBIH 10 KALI GANDA
    • HARGA SANGAT MURAH, KUANTITI BANYAK, KESANNYA MAHAL
    • 3 DALAM 1 - PENCUCIAN ALAT SULIT, MENGHILANGKAN KEGATALAN & BAUAN KURANG ENAK
    • MENGHILANGKAN BAU KETIAK
    • MENGATASI MASALAH RUAM LAMPIN DEWASA & KANAK-KANAK
    • SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA
    • UNTUK WANITA & LELAKI
    • UNTUK YANG SIHAT JUGA YANG UZUR
    • BAU HARUM YANG MEMIKAT
    • NILAI UNTUK WANG ANDA
    • KHASIAT YANG TERBUKTI HEBAT


Dirumus dari bahan-bahan terpilih yang mampu memberikan anda keselesaan, perlindungan dan kebersihan sepanjang hari. Gabungan khasiat aloe vera, tea tree dan limau purut serta manjakani menjadikan produk ini sungguh hebat. Bukan saja digunakan pada alat sulit tetapi boleh juga dijadikan alternatif bagi mencuci masalah kegatalan pada celah-celah lipatan seperti pada tengkuk, ketiak atau dibawah lipatan payudara bagi menghilangkan rasa gatal. Ianya dicipta dengan lebih pekat supaya menjimatkan.  Ada di antara ahli keluarga anda sakit dan terpaksa memakai lampin pakai buang? atau sakit terlantar atau lumpuh ? yang menyebabkan ruam, melecet dan kegatalan pada anggota badan mereka terutama bahagian punggung dan belakang badan? Sayangi mereka dengan mencuci bahagian-bahagian yang berkenaan dengan Aromatic Intimate Wash, insyaallah masalah yang disebutkan tadi boleh di atasi.



KEBAIKAN PRODUK



() kandungan pH3.5 amat sesuai bagi mengimbangi struktur kulit tubuh badan & alat sulit

() memelihara serta melindungi struktur kulit yang sensitif

() menjaga dan memelihara kelembapan

() melancarkan perjalanan darah dan mengetatkan saluran vagina
() membantu dalam masalah kesuburan
(gandingan dengan Halia Pala Mint)

() mengelakkan masalah keputihan

() menghilangkan bau yang kurang enak

() menghilangkan kegatalan akibat dari tindakbalas bakteria
() menghilangkan bau tidak menyenangkan pada ketiak dan celah-celah lipatan kulit
() mengatasi kegatalan akibat ruam lampin

() membuatkan anda merasa bersih, harum, selesa dan segar

() sangat sesuai digunakan sewaktu didatangi haid

() disyorkan sebelum dan selepas berhubungan intim suami/ isteri

() sesuai juga digunakan oleh kaum lelaki

() boleh digunakan setiap hari dan sekerap mungkin


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ayuzip V-Gin Lotion


Ayuzip 
V-Gin Lotion
Maklumat Produk




Terdapat pelbagai jenis produk di pasaran untuk mengetatkan vagina. Namun kebanyakannya diformulakan dengan bahan yang boleh memudaratkan. Sifat semulajadi vagina yang lembut dan lembap menyebabkan bahagian ini amat sensitif dan mudah tercedera sekiranya bergesel dengan bahan yang keras.
    

Biar pun objektif utama adalah untuk mengetatkan vagina, penyapuan losyen ke atas permukaan bibir clitoris adalah memadai. Untuk itu, Lovelorn Lure memperkenalkan Ayuzip V-Gin Lotion yang begitu lembut untuk mengembalikan dara anda. Diadun dengan kebaikan herba manjakani, mas cotek, sireh dan kacip fatimah, resepi istimewa ini diformulakan dengan campuran ekstrak lintah, berfungsi untuk mengeluarkan pheromone yang dapat menarik keinginan seksual pasangan melalui deria bau, memulihkan mati putik dan rasa dingin terhadap pasangan serta melambatkan menopause.
  
Selain fungsi utama mengetatkan vagina, ia juga dapat menyah-bau, menyah-bakteria, merawat keputihan, mengekalkan pH, memudarkan kesan gelap pada kulit dan mengekalkan warna semulajadi serta mampu merawat kesan kedutan kulit di bahagian intimasi. Ayuzip V-Gin Lotion sangat sesuai untuk diamalkan oleh remaja yang belum berkahwin bagi mengelakkan masalah sakit puan. 
Sepertimana produk produk Ayuzip Series yang lain, Ayuzip V-Gin Lotion juga berfungsi untuk meningkatkan ghairah seksual wanita. Jadikan pemakaian Ayuzip V-Gin Lotion sebagai satu kemestian di dalam rutin anda setiap hari dan kembalikan kegemilangan ketika zaman dara anda!!   
 
  Lotion.JPG
 
Khasiat Manjakani :


  1. Mengecut dan mengetatkan rahim dan peranakan wanita.
  2. Memperbaiki sistem peredaran haid.
  3. Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin. 
  4. Membersihkan darah kotor. 
  5. Mengatasi keputihan. 
  6. Membaiki tisu faraj. 
  7. Melicinkan dan memelihara kulit.  

Khasiat Piper Betle (Sireh Melayu) :
  1. Awet muda. 
  2. Mengecutkan tisu-tisu organik. 
  3. Membunuh kuman dan bakteria. 
  4. Menegangkan tisu-tisu otot dalam vagina. 
  5. Mengatasi masalah keputihan. 

Khasiat Crocus Sativus (Bunga Mastaki) : 
  1. Membantu pembuangan angin dalam perut. 
  2. Menambah tenaga zahir dan batin.  
  3. Melancarkan penghadaman. 
  4. Mencergaskan minda.







MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

#RM45.00#

Minyak selusuh adalah sejenis produk yang diperbuat dari minyak. Jika sebelum penemuan teknologi terkini, minyak masak biasa digunakan untuk membuat minyak selusuh. Tetapi kebanyakan pengguna agak sukar untuk meminum minyak masak yang dijadikan selusuh.

Kini dengan gabungan teknologi terkini, pihak kami menggabungkan kehebatan Minyak Kelapa Dara melalui proses sejuk yang langsung tidak menggunakan sebarang haba digabungkan dengan kemahiran seorang bidan pakar bersalin lalu menghasilkan Minyak Selusuh yang sangat berkesan untuk membantu memudahkan proses bersalin.

Dihasilkan dari 100% Minyak Kelapa Dara Organik Suhu Tekanan Rendah

Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam Sejak Turun-Temurun

Dibacakan doa-doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh Pakar Bidan Bersalin

Gabungan Ilmu Perbidanan Tradisional dan Teknologi Moden

Pertama Seumpamanya di Malaysia

KELEBIHAN MINYAK SELUSUH BIDAN KAMPUNG

Warisan Ilmu Perbidanan Melayu Islam sejak turun temurun yang sangat sukar ditemui pada hari ini. Kini telah berjaya digabungkan dengan teknologi terkini.

Dihasilkan oleh seorang Bidan Pakar Bersalin yang terkenal. Berpengalaman puluhan tahun membantu proses kelahiran bayi dalam 1001 macam situasi.

Diperbuat daripada minyak kelapa dara asli gred tinggi yang melalui proses pengeluaran yang ketat. Penggunaan minyak sebagai bahan membolehkan bayi bergerak lancar didalam rahim. Ia akan membantu ketika proses kelahiran.

Memberikan sumber permakanan yang baik kepada ibu dan bayi dalam kandungan kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam minyak kelapa dara.

KAEDAH PEMBUATAN

Kaedah pembuatan teliti dengan jaminan kualiti kekal pada tahap terbaik. Di proses pada suhu rendah dan tanpa penapis. Melalui satu ritual yang berdisiplin, dibacakan ke dalam minyak ini pelbagai doa khusus untuk memudahkan proses bersalin oleh seorang bidan pakar bersalin. Kaedah pembuatan minyak selusuh dan air selusuh adalah berbeza. Melalui testimoni yang telah dibuat, minyak selusuh jauh lebih berkesan berbanding air selusuh.

InsyaAllah dengan izin Allah!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Set Bersalin NR 
 ( Dulu di kenali sebagai Set Bersalin Nona Roguy )

#RM365.00# 

 

Impikan badan yang kembali menawan dan langsing selepas habis berpantang?

Inginkan kesihatan anda kembali pulih selepas berpantang?

Inginkan produk yang terjamin kualiti dan  keberkesanannya?

Tahukah Anda?
  •  Amalan berpantang yang betul dapat mengekalkan awet muda
  •  Pengeluaran darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang lancar selepas bersalin dapat mengembalikan kejelitaan dan kesihatan ibu
  • Melulur dapat menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan penyakit kebas, bisa otot serta sendi dan urat saraf

Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Herbanika Bersalin adalah rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR) disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan kecantikan.  Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atau pembedahan.


Kini tradisi ini diperturunkan dalam bentuk yang mudah digunakan dan dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan badan.

Berbekalkan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan. Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia.
Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)

Mengandungi


    * PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
    * Akar Herbanika - dalam bentuk paket  dan perlu dicampur air untuk diminum
    * Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan  badan
    * Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
    * Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
    * Herbanika Lulur -  untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sabun Herba Ibu Bersalin
#RM29.90#


Kegunaan para ibu semasa berpantang dan ia juga sesuai digunakan oleh semua golongan yang mengalami masalah bau badan, dapat melansingkan dan membuang toksin serta angin di dalam badan.


Sabun Herba Ibu Bersalin mengandungi 13 jenis herba, iaitu:

1. Serai Wangi - menghilangkan lenguh-lenguh badan
2. Daun Asam Jawa - menghilangkan sakit-skait sendi
3. Halia - membuang angin di dalam badan
4. Tutup Bumi - mengecutkan rahim
5. Pandan Wangi - mengharumkan badan
6. Daun Kunyit - melancarkan darah
7. Lengkuas - menghangatkan badan
8. Sarsi - menambah tenaga
9. Temu Kunci - mengembalikan kedaraan wanita
10. Halba - mengurangkan berat badan dan juga mencegah air masuk ke dalam badan bagi wanita yang didalam tempoh berpantang
11. Limau Purut - menghilangkan bau badan
12. Kunyit Hitam - memanaskan badan
13. Daun Pisang Kelat - menghilangkan hanyir badan



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Krim-Anti Strecth Mark And Wrinkle 

#RM48.00#
Tawaran : RM45.00
Harga Tawaran Sah Sehingga 30 April 2011



Krim Anti Strecth Mark Dan Garis-garis Kedutan

Krim badan yang unik dan diperkayakan untuk menghaluskan kulit yang kering dan kasar.
Dari sumberalam semulajadi dengan bahan aktif herba iaitu ekstrak gingko dengan minyak lanolin dan vitamin E.

Formula baru dan unik yang mengandungi komponen ekstrak daun gingko alam, minyak lanolin dan vitamin E dengan pelembab yang diformulasikan khusus untuk penjagaan dan perlindungan kulit. Boleh digunakan pada leher. tangan , bawah lengan, siku, payudara, perut, pinggul, peha, kaki dan sesuai untuk kulit yang kendur sebelum atau selepas kehamilan.


Sapukan krim pada bahagian tubuh yang diperlukan dan urut dengan lembut sehingga meresap ke dalam kulit untuk merawat kulit kasar, kulit kering dan kulit berkedut.
Sapukan juga pada seluruh tubuh untuk keselesaan dan melindungi kulit dari kesan terbakar sinar matahari atau untuk merawat kulit kering.

Gunakan 2x sehari selepas mandi pagi dan malam.

HASIL YANG DIJAMIN!


Ingredients:
Purified water, propylene glycol, lactic acid, lanolin oil, pearl powder, ginkgo extract, vitamin E, menthylparaben, propyparaben, frangrance